Wednesday, 4 December 2013

Rodgers: Suarez seperti Messi, Ronaldo

Pengurus Liverpool Brendan Rodgers berpendapat bahawa penjaring gol terbanyak BPL Luis Suarez akan mencapai tahap Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Luis Suarez
Pemain antarabangsa Uruguay itu telah menjaringkan empat gol - termasuk hatrik dalam 20 minit - dan mendorong kemenangan 5-1 Liverpool atas Norwich di Anfield.
Jaringan gol penyerang yang berusia 26 tahun itu bermakna beliau adalah pemain pertama Liga Perdana yang berjaya menjaringkan tiga hatrik atas kelab yang sama.
Walaupun terdapat spekulasi tentang masa depan Suarez di kelab itu, pengurus Reds itu yakin bahawa beliau mampu mencapai matlamatnya dalam Liga Juara Juara di Anfield.
"Prestasinya amat mengagumkan, sempurna. Ia amat baik dari segi teknikal dan ia adalah sumbangan yang amat istimewa oleh beliau.
"Saya selalunya lebih selesa jika memberi pandangan tentang pasukan saya tetapi saya rasa anda harus memberi tumpuan kepada Luis sebagai salah satu dari penyerang terbaik dunia.
"Saya saya ini adalah detik paling baik baginya. Beliau sering ke merata dunia tetapi saya rasa kelab ini sesuai dengannya dan saya rasa beliau akan menjadi lebih baik di sini.
"Profil kelab ini, hubungan dengan para penyokong, anda dapat lihat bahawa ia amat sesuai.
"Corak permainan kami juga membenarkannya untuk memburu ruang kosong sementara menyempurnakan peluang dan ia amat menarik bagi para peminat.
"Pemain-pemain hari ini seperti Ronaldo dan Messi - memberi tumpuan kepada jaringan gol yang banyak, ia bukan sekadar satu atau dua gol sahaja.
"Jika anda lihat Messi dan Ronaldo, mereka telah diberi banyak masa untuk memperbaiki dan memperkembangan permainan mereka.
"Luis hanya 26 tahun dan saya rasa beliau akan membuat perubahan yang lebih baik kepada permainannya.
Suarez kini telah menjaringkan 51 gol dalam 84 perlawanan termasuk 11 dalam empat pertemuan dengan Norwich - purata jaringan golnya adalah satu gol setiap 33 minit.
Suarez juga adalah penjaring gol terbanyak dalam liga dengan 13 gol dalam sembilan perlawanan.
Jaringan pertamanya adalah rembatan dari jarak jauh, yang kedua dari sepakan dalam kotak, yang ketiga bola cip lepas Leroy Fer sebelum merembat masuk bola dan beliau mengakhiri pesta gol dengan menyempurnakan tendangan percuma.

No comments:

Post a Comment